Saturday 8 November 2014

Bagaimana nak membaca spesifikasi atau saiz tayar


Contoh:

195/60 R15 95H


  • 195 – adalah saiz kelebaran tayar, iaitu 195mm
  • 60 – ratio ketebalan tayar, bermakna 60% dari saiz lebar, iaitu 0.6 x 195mm
  • R – jenis pembuatan tayar (R bermakna radial ply)
  • 15 – ini adalah diameter rim iaitu 15 inci, kalau sport rim biasanya 17 lah
  • 95H – 95 adalah index berat yang boleh ditanggung tayar, dan H index kelajuan maksima yang boleh ditanggung (H adalah sehingga 210km/j) 


Indeks kelajuan maksima
S – 180 km/j
T – 190 km/j
U – 200 km/j
H – 210 km/j
V – 240 km/j
Z – melebihi hadlaju 240 km/j
W – 270 km/j
Y – 300 km/j

pakar-tayar-kereta


Lagi penerangan bergambar


Jika nak tahu apa saiz tayar yang paling sesuai untuk kereta anda rujuk manual kereta anda atau cari sticker macam ni kat tepi pintu, biasanya kat pintu driver.



Macamana nak tahu banyak mana angin nak di isi? mudah je, lihat DISINI

Wednesday 5 November 2014

Kenapa angin tayar kereta perlu dijaga rapi

Tayar kereta perlu dijaga dengan sempurna agar pergerakan anda tidak terganggu disebabkan tayar kereta anda rosak. Tayar botak, tayar pancit, allignment lari adalah simtom bila kereta asyik nak kekiri atau kanan.

Periksa tekanan angin tayar kereta
Rajin-rajinlah memeriksa tekanan angin tayar.Jika angin terlebih atau terkurang, ia akan memberi kesan kepada tayar kereta anda. Antara kesannya adalah:-


  1. Jika tekanan tayar kereta terlalu tinggi, tayar kereta anda bermasalah di bahagian tengah,
  2. Jika angin tayar terlalu kurang atau tidak sekata, bahagian tepi tayar akan cepat haus dan bermasalah

Lakukan tekanan angin tayar kereta anda mengikut spesifikasi yang betul. Ini adalah langkah pertama yang mesti anda lakukan setiap minggu. Macamana nak buat? Ikuti posting kami....